Festival Kesenian Remaja & Festival Kanak-Kanak



Festival Kesenian Remaja & Festival Kanak-Kanak


2nd Week of August 2015 – Kuala Lumpur

Memberi peluang kepada pengiat seni budaya remaja yang berbakat dan bergiat dalam bidang seni tari, muzik, visual dan fesyen untuk menjana minda bagi menghasilkan sesuatu yang kreatif. Penonjolan elemen seni budaya ke arah mempromosi keunikan negara ini  sekaligus menarik pelancong luar menyaksikan kreativiti golongan remaja Malaysia.

 

Festival Kanak-Kanak pula akan memperlihatkan kecemerlangan kanak-kanak di Malaysia dalam bidang seni serta mempamerkan bakat mereka yang cemerlang  kepada khalayak.  Akan  menghimpunkan kanak – kanak dari seluruh Malaysia (14 buah negeri) untuk menyertai Festival ini dengan menonjolkan keunikan seni budaya setiap negeri. Pelbagai aktiviti seni budaya yang unik akan ditonjolkan melalui persembahan utama dan persembahan sisipan. Antara bidang seni ialah tari, teater, muzik, permainan tradisional, sastera dan bahasa.

Organizer
BAHAGIAN PENGEMBANGAN BUDAYA, JKKN
Tel: 603-2614 8200 / 8283 / 8316  
Fax: 603-2697 0786
Email: [email protected] / [email protected]