Pesta Kaul Mukah



Pesta Kaul Mukah


April 2015 – Mukah

Kaul adalah perayaan tradisional disambut oleh masyarakat Melanau yang tinggal di persisiran pantai di Sarawak. Pada masa lalu, Kaul disambut sebagai satu majlis keagamaan untuk menyenangkan hati dewa-dewa laut, tanah serta hutan dan ianya merupakan perayaan yang paling penting dalam kalendar  kaum Melanau.

Pesta Kaul juga mempamerkan kesenian dan kebudayaan  masyarakat Melanau melalui pelbagai aktiviti seperti jualan dan pameran makanan tradisional seperti umai, sagu, tebaloi dan lain-lain. Antara aktivti lain yang diketengahkan adalah permainan tradisional Melanau seperti Tibau dan sukan air.

Organizer
Pejabat Residen Mukah
Ting. 10, Menara Pehin Setia Raja, 
96400 Mukah, Sarawak.
Tel: 084 – 872596
Fax: 084 – 873408